Fauzie Laily in Ekstra Obor of Berita Harian!!!
WOW!BUKAN SALAHKU (Berita Harian, Isnin 21 Julai 2008)
Fauzie 'terjerat' dek masalah paru-paru walau tidak merokok
OlehNorhafizah Othman, Siti Humairah Abdul Karim Dan Erdiah Samad Pelajar Maktab Rendah Tampines
HARAM atau tidak merokok tu? Adakah ia makruh? Ia masih lagi isu yang dianggap tidak jelas dan samar- samar walaupun ramai akur ia boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan.
Inilah kata-kata 'pembuka tirai' deejay Ria 89.7FM, Fiza O, ketika mengacarakan forum Cakap Pasal Remaja di Kompleks Sukan Jurong East, minggu lalu.
Forum itu diadakan sempena acara sukan anjuran sayap belia Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Young Muslims.sg. Acara itu diberi nama Mosque Youth Sports Extravaganza (MYSPEX) 2008.
Tetamu terhormat pada hari itu ialah Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Mohd Faishal Ibrahim.
Banyak yang dikongsi bersama tiga anggota panel forum Cakap Pasal Remaja, penyanyi dan pengacara, Fauzie Laily; kaunselor, Cik Zarina Abdul Patah dan Ustaz Sofyan Yadi.
Antaranya, Fauzie menceritakan jerih-payahnya berhari raya di hospital selepas dilanda masalah kelemahan paru-paru dan kesukaran bernafas - satu sindrom yang dipanggil pneumothorax, dua tahun lalu. Keadaannya kini pulih.
Kemungkinan, penyakit itu adalah kerana beliau dikelilingi teman yang 'kaki merokok'. Ironinya, beliau bukan perokok tetapi turut terjejas.
Cik Zarina pula menyingkap kisah anak sekecil usia sembilan tahun yang sudah mula merokok.
Ustaz Sofyan pula menekankan betapa sebatang rokok itu bukan sahaja menjejas kesihatan sendiri tetapi boleh membawa akibat buruk kepada teman-teman yang tidak merokok dan menghidu asap rokok.
Adakah adil bagi golongan bukan perokok untuk mengalami risiko serupa dengan perokok? Fauzie yang ditemui selepas forum itu berkata:
'Semestinya tidak adil. Namun, ia sesuatu yang tidak mampu dielakkan. Saya tidak pernah mendesak teman-teman yang 'kaki merokok' untuk hentikan merokok.
'Kalau ditanya sama ada manis bagi seorang gadis untuk merokok, saya fikir 'manis' itu bukan isunya. Tidak kiralah, lelaki atau perempuan, kalau mereka merokok, ia membahayakan kesihatan.'
Nasihatnya kepada remaja agar menjauhi tabiat merokok?
'Rancang aktiviti anda. Saya lebih gemar pergi membeli-belah dan makan di luar bagi mengurangkan tekanan harian daripada menyentuh rokok seperti mana dikatakan sesetengah remaja yang merokok kerana tertekan di sekolah atau di rumah.
'Amalkan kehidupan yang sihat dan perhatikan diet yang seimbang,' kata jejaka tinggi lampai yang juga merupakan duta Bulan Bahasa.
Pada pendapatnya, iklan-iklan di kotak rokok bagi menyedarkan perokok adalah langkah yang baik dan harus diteruskan namun keberkesanannya terletak pada individu itu sendiri.
'Ada juga perokok yang tidak menghiraukan tentang iklan-iklan tersebut, sebagaimana ngeri pun mesej dan paparan visualnya,' katanya lagi.
Jadi remaja, janganlah cuba-cuba merokok kalau anda belum 'tersepit' dengan tabiat ini. Bagi yang sudah terperangkap, usahakan untuk ubah sikap yang menjejas kesihatan dan poket anda!

1 Comments:
fauzie.
wa chaya sama lu uh bro!
HAHA!
wassup with smoking mann?!
;)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home