ARTIS SERBU RUMAH PEMINAT

ARTIS SERBU RUMAH PEMINAT
Oleh Zaharian Osman
SEKIRANYA artis adakan rumah terbuka memang sudah lazim. Yang diundang, selain kenalan dan sanak-saudara, pastilah golongan peminat yang memainkan peranan penting dalam kerjaya seseorang artis.
Tetapi baru-baru ini, empat artis tempatan melakukan sesuatu yang jarang dibuat oleh artis popular lain.
Hyrul Anuar, Fauzie Laily, Imran Ajmain dan Syed Azmir baru-baru ini mengejutkan peminat dengan 'menyerbu' rumah mereka!
Peminat pilihan terkejut, sampai ada yang termangu melihat artis kesayangan mereka tiba-tiba berada di depan pintu.
'Saya dan Hyrul ingin lakukan sesuatu yang berbeza kerana tahun ini, kami kurang muncul di kaca televisyen. Dengan cara ini, kami dapat mendekatkan diri pada mereka,' ujar Imran kepada penulis.
Meskipun sibuk memenuhi undangan rakaman televisyen di seberang seperti Ria Sentral Hari Raya, Breakfast Show Hari Raya Edition dan Hari Raya Hits1, Imran, yang popular dengan lagu-lagu Seribu Tahun, Ghaib dan Sudah Tu Sudah, tidak mahu 'berjauhan' daripada peminat beliau, Nadirah, 22 tahun, dari Jurong West.
Hyrul Anuar, 23 tahun, yang baru sahaja tamat Perkhidmatan Negara (NS), memilih untuk memberi kejutan kepada pelajar, Nur Hafizah Zahari, 18 tahun, pengerusi Hyrulites, kelab peminat beliau.
Kata Hyrul: 'Apa yang pasti, Fizah dan seluruh keluarganya terkejut tetapi tersenyum gembira menyambut kehadiran kami.
'Kami ingin hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada salah seorang peminat yang berdedikasi, minat kepada kami dan sanggup luangkan masa untuk kami.'
Peminat paling setia Fauzie, Norizwanni Ishak, 19 tahun, pula tanpa henti menghadirkan diri pada setiap pertunjukan artis ini sejak 2003.
Fauzie, biarpun demam, tetap mahu menyertai misi kawan-kawannya dengan mengadakan lawatan mengejut ke rumah peminat pilihan.
'Saya hargai sokongan yang ditunjukkan selama ini. Dengan beraya ke rumahnya, itulah cara terbaik saya rakamkan rasa terima kasih saya,' kata Fauzie.
Artis yang popular dengan hit single Selalu dan baru-baru ini muncul sebagai pelakon dan hos Sinar Lebaran 2008 itu, kini sedang merancang perjalanan seni beliau setelah tamat NS tiga hari lalu.
Syed Azmir yang popular dengan lagu Kuasa Cintamu, Episod Lelaki dan Ke Alam Rahsiamu pula memilih Azikah, 17 tahun, untuk diberi kejutan.
Kata Azmir yang baru-baru ini muncul di telemovie Syawal Kembali Lagi, apa yang mereka berempat lakukan tidaklah sehebat apa yang peminat mereka korbankan.
'Ada di antara mereka yang sanggup datang dari jauh kerana menyokong kami. Jadi, sesekali kami pula luangkan masa untuk tunjukkan penghargaan kami pada mereka,' kata Syed Azmir.
Berita Harian,15 Oktober 2008

2 Comments:
Wow! So gooood artis serbu rumah peminat. Next rumah Wany oky, hahaha. :)
WOW!Thumbs up to 4 of you!Satu pendekatan yg baik and creative dari artist tempatan....mesti la ur fans happy giler...Good Luck for ur new single!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home