<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1406932843433611571?origin\x3dhttp://fauzielailyrevealed.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>








Thursday, October 2, 2008

Fauzie Laily was mentioned in BH!!

REVIU SINAR LEBARAN
ADEGAN TAK DAPAT DILUPA

Gelagat Fauzie dan gabungan Taufik dan Hady antara detik menarik
OlehHanim Mohd Saleh

RANCANGAN hiburan khas Hari Raya tempatan, yang menjadi kemestian sebagai hidangan penonton di malam Hari Raya saban tahun, sukar mencari perbezaannya.

Untuk tahun kedua berturut-turut, rancangan kali ini memperlihatkan kerjasama antara stesen setempat, Suria, dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM1).

Jika ada yang bertanya apakah keistimewaan rancangan tahun ini, berdasarkan rakaman langsung yang dibuat sebelum Ramadan, saya hanya dapat memikirkan tiga aspek yang sekurang-kurangnya meninggalkan kesan dan masih diingati biarpun sudah lebih sebulan ia dirakamkan.

FAKTOR PERTAMA: FAUZIE LAILY
Selain terpilih menjadi hos di samping pelakon Nabila Huda Suhaimi (yang juga dikenali sebagai anak sulung roker Amy Search), Fauzie juga berlakon dalam sketsa komedi.

Kalau dalam drama-drama sebelum ini finalis Anugerah 2005 itu tampil dengan watak serius tetapi dalam sketsa tersebut, Fauzie cukup menciut hati dengan gaya yang cukup lembut, siap dengan lenggok tangan 'patah' dan ketawa hilai yang pasti membuat anda tak kering gusi.

'Kreatif kan... kreatif kan,' itulah dialog yang pasti menjadi ikutan peminat selepas menonton gelagat Fauzie nanti.

Dalam segmen itu, Fauzie dipertemukan dengan pelawak popular Malaysia, Abon, serta pelawak setempat lain seperti Husin Saaban, Ahmad Stokin dan pelakon Mastura Ahmad.
Gandingan Fauzie dengan Nabila sebagai pengacara juga cukup berkesan.

FAKTOR KEDUA: GABUNGAN IDOLA
Persembahan yang julung-julung kali mempertemukan dua Singapore Idol, Taufik Batisah dan Hady Mirza.

Kedua-duanya cukup memukau ketika membawa lagu Lambaian Aidilfitri yang pernah dipopularkan oleh Saleem Iklim dan Jamal Abdillah.

Nyanyian mereka bertambah syahdu dengan iringan piano Iskandar Mirza Ismail.
FAKTOR KETIGA: MUSLY RAMLEE
Penyanyi yang namanya meledak selepas populariti Muzikal P.Ramlee di Dewan Teater Esplanade tidak lama dulu.

Musly memberi sentuhan nostalgia, menjelma dengan watak ala P.Ramlee, membawakan lagu-lagu seperti Suara Takbir, Nak Dara Rindu, Dendang Perantau dan Selamat Hari Raya.
Kemunculannya berserta sketsa ringkas diserikan dengan kemunculan kumpulan Sri Mahligai.
Turut menarik perhatian ialah kehadiran tiga 'bujang lapok' - Ariff Shamsudin, Sufian Ahmad dan Hamzah Adon - yang bertindak sebagai 'busker' atau penyanyi selingan yang menyambung antara satu adegan dengan adegan lain.
Sinaran Lebaran padat dengan lagu-lagu lama dan baru Hari Raya di samping turut merakamkan suasana menyambut Lebaran di Sarawak, tanak kelahiran Dayang Nurfaizah.
Penyanyi lain yang turut menjayakan rancangan ini termasuk Maiya Rahman, Aliff Aziz, Han, Farah Ashikin, Are-meer Sofaz dan para penari Sriwana.
Sinar Lebaran akan disiarkan malam ini mulai 10 malam dan diulang siarannya esok, Hari Raya pertama, mulai 4 petang.
BERITA HARIAN 30 September 2008

6 Comments:

Blogger lyn maritza said...

Heloo JAY! hehehehe...

You are SO funny la..
"Kreatif kan?".. LOL!

Best la.. I really enjoy
watching you on TV.. hahah!

Take care yah..
Enjoy ur raya...

=)

October 2, 2008 at 2:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

hey!
salam aidilfitri to you and family.
maaf jika saya terkasar bahasa di sini atau dimana-mana event lahh iye. sungguh tidak berniat. && you taking care aites!

anw, thanks to you who post this berita up here. Bcus people like me dont like reading newspaper. Until i read ur blog only then i knew that you were mentioned. *shake head*

hey thanks jay! eh. salah2. thanks fauzie ;)

October 3, 2008 at 1:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam Lebaran to you.

Passing by from PM's blog and here I am.

I must also commend you on the convincing role during the Sinar Lebaran '08 sketch as "Jay"...

Best gilerr.. so kelakar. keep up the great job. You're a true talent and i believe there's more to come from you.

=)

October 3, 2008 at 4:59 PM  
Blogger NADIAH! said...

Hello fauzie aka Jay. heee.
I like ur acting! Sooo coool. =]
Gerek giler ah sey. heee.
Keep up the good work and I enjoy watching you on tv.

Selamat Hari Raya.
Take care. =]


-NADIAH!

October 4, 2008 at 1:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

helo fauzie aka jay!
siapa yg suroh buat role mcm 2 ar..i tak suka tau tp orite gak lar...
btw klau u buat open hse ada ke u sanggup invite kitorang ur mati keras fans?

October 6, 2008 at 1:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

eii was laughing my hart out watching jay's performance lar!! so hilarious!! kreatif sangat lar tu.. hhaa!! so kuih aper fauzie buat tahun ni?? hhees... :]

October 6, 2008 at 3:28 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home