<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1406932843433611571?origin\x3dhttp://fauzielailyrevealed.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>








Saturday, February 7, 2009

Fauzie Laily in Berita Harian 07/02/2009

Photobucket




FAUZIE SABAR MENANTI

Naib juara Anugerah 2005 tunggu dua tahun untuk hasilkan 'single' kedua

OlehZaharian Osman

DUA tahun lamanya, beliau menunggu. Tetapi akhirnya, penantian itu tidak sesia belaka.

Naib juara Anugerah 2005, Fauzie Laily, 23 tahun, pernah popular kerana lagu Selalu sering jadi lagu permintaan di corong radio dua tahun lalu.

Sementara menanti peluang merakam single seterusnya, Fauzie mengembangkan bakat dengan berlakon dan menjadi hos.

Malah bakat 3-dalam-1 Fauzie tidak sedikit pun menghalang hasrat beliau ingin terus dikenali sebagai penyanyi berbakat besar.

Lihatlah betapa selesa dan tenang Fauzie ketika menyampaikan lagu Sekali Ini Saja, lagu tema sinetron popular, Istri Untuk Suami, sebagai bukti bakat menyanyi beliau masih menyerlah ketika Sinaran Hati Emas, sebuah acara mengumpul dana untuk TAA.

Tidak sangka pula, daripada bakat menyanyi, Fauzie tampak versatil apabila diberi watak seorang penggoda di drama Rahsia Perkahwinan dan watak komedi sebagai jejaka 'lembut' untuk sketsa Sinar Lebaran tahun lalu.

Seperti kata Fauzie: 'Kesemua pendedahan ini memberi saya keyakinan untuk melengkapkan diri sebagai penghibur dan sekali gus ruang untuk saya mengembangkan potensi.'

Menyentuh lagu Izinkan edaran Universal Music Malaysia dengan kerjasama EZS Music yang kian mendapat perhatian di Radio Era, ciptaan Azli Mohamed, bekas anggota Graha, Fauzie tidak menghadapi kesukaran menghayati lagu tersebut.

Ungkap Fauzie: 'Saya rasa memang lagu menepati cita rasa dan mudah diingat melodinya.'
Penulis difahamkan, Fauzie mengambil dua hari untuk menghayati sebelum lagu ini dirakamkan.
Peluang bekerjasama dengan pemuzik profesional yang kebanyakannya memainkan alat muzik secara 'live' membuat lagu ini lebih menyentuh dan mengasyikkan.

'Inilah sentuhan yang membuat lagu ini agak istimewa dan senang didengari,' ujar Fauzie yang akan menyambut ulang tahun ke-24 bulan depan.

Minggu ini pula, Fauzie yang diuruskan Unit Pengurusan Artis (AMU) MediaCorp Pte Ltd akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk merakamkan pula klip video lagu ini.

Mereka yang ingin mengikuti perkembangan artis kesayangan ini boleh layari www.fauzielailyrevealed.blogspot.com untuk mendengar sedutan lagu dan berinteraksi dengan beliau.

Para peminat Fauzie pula dapat terus melihat bakat Fauzie berlakon di siri drama terbaru, Anak Adam, yang ke udara mulai Rabu di Suria.

1 Comments:

Blogger ~smiles said...

naib juara??

February 12, 2009 at 1:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home