<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1406932843433611571\x26blogName\x3dFauzie+Laily.......Revealed...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://fauzielailyrevealed.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fauzielailyrevealed.blogspot.com/\x26vt\x3d-3654407985672934829', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>








Sunday, May 17, 2009

Izinkan Updates

Just a quick update before i stepped out for another rehearsal for the ethnics trade presentation..

Just heard the Ria charts and sadly Izinkan was out after 13weeks in the charts.. Quite bummed but nonetheless thanx to all who have been requesting for the song..
On a happier note, Izinkan was mentioned in the Malaysia's Berita Minggu, Muzika section about the new compilation album Kisah Cinta which features 16 love songs from 15 male singers.

Unfortunately, this album which is distributed by Universal Music Malaysia is only available in Malaysia for the time being, hopefully the album will be sold in Singapore soon..

To my Malaysian readers, do grab a copy of the album available now in stores and Singaporeans, if you're visiting our neighbouring country anytime soon, don't forget to drop by and get the album.. Even I don't have the copy yet. hehehe.

Ok, haf a good sunday.
Enjoy the article!

Much loves,
=)


/Muka Depan/Muzika Koleksi hebat Talentime, Kisah cinta

Oleh Suzan Ahmad
SAMBUTAN dari segi kutipan filem ini (Talentime) memang tidak sepadan dengan nukilan dan cetusan yang sarat kritikan sosial serta tidak lari jauh dari kehidupan sehari-hari kita sebagai anak Malaysia yang merdeka. Mungkin, masih belum masa untuk Yasmin Ahmad menuai hasilnya lagi.

Apapun, pemilihan lagu yang dimuatkan ke dalam Original Motion Picture Soundtrack atau album runut bunyi Talentime ternyata menyeimbangkan keperluan visual, bunyi, lakon layar dan latar emosi keseluruhan filem ini.

Vokal Atilia digunakan untuk menggambarkan bakat yang dimiliki Melur (Pamela Chong), Aizat dan Pete Teo pula menyokong Mohd Syafie Naswip sebagai Hafiz. Lagu yang cukup upbeat, Just One Boy yang dilagukan Hafiz ketika sesi uji bakat di sekolahnya dicipta oleh Pete Teo sementara lirik pula oleh Yasmin Ahmad dan Pete Teo.

Album ini turut memuatkan lagu Angle ciptaan sepenuhnya Pete Teo; I Go (Pete Teo); Pergi (versi Melayu I Go) ciptaan Pete Teo, lirik oleh Amran Omar dan Pete Teo; Kasih Tak Kembali ciptaan sepenuhnya Ahmad Hashim; Itulah Dirimu (Pete Teo/Amran Omar dan Pete Teo) dan Angel (Versi Melayu) lirik oleh Atilia dan Pete Teo.

Talentime jadi lebih dramatik apabila diselitkan dua lagu Hindi Ganesh’s Theme dan Going Home nyanyian Hardev Kaur.

Dari album runut bunyi, beralih pula kepada album kompilasi diberi nama Kisah Cintaku. Menariknya album yang memuatkan 16 lagu kisah cinta ini dinyanyikan juga oleh 15 penyanyi lelaki kategori generasi pelapis.

Tirai trek disingkap dengan menampilkan bakat baru yang tidak kurang hebatnya Fauzie Laily yang mendendangkan lagu baru berjudul Izinkan. Penyanyi Singapura yang mencuba bakat seninya di sini mempertaruhkan lagu ciptaan sepenuhnya Azli Mohamed. Aliff Aziz, rakan senegara turut sama mewarnai album Kisah Cintaku menerusi lagu hitnya Sayang Sayang.

Mawi pula dengan lagu Kian diikuti Bob yang cukup popular dengan single Cinta Seorang Teman suatu ketika dulu. Tambah menguatkan lagi seleksi lagu dalam Kisah Cinta ditampilkan Aizat menerusi Hanya Kau Yang Mampu; Sampai Syurga (Faizal Tahir); Dekat Padamu (Yusry KRU), Bidadari (Munif); Kembali Senyum (Izwan Pilus); Harapan (Fazli Zainal); Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq); Bila Terasa Rindu (Dafi); Dikau Teristimewa (Zahid) dan Jatuh (Adam).

Demikian antara album yang baru saja menjenguk pasaran edaran Universal Music Malaysia. Album Kisah Cintaku boleh didapati dengan harga RM29.90 manakala Talentime - Original Motion Picture Soundtrack RM26.90.



source: http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Muzika/20090503084246/Article/index_html

1 Comments:

Anonymous irfunny said...

Got chance Angsana will be selling the cd?

May 20, 2009 at 8:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home